past
Venue:

CloudTheatre.com

Date1418/12/2020

Time9:00PM


LanguageBahasa Melayu

CategoryTheatre

This show has ended.

from

RM15.00

Duration: 1 hour 15 minutes

Teater MONOMANIA merupakan sebuah pementasan teater yang menggabungkan antara monolog dan fizikal teater. Teater MONOMANIA ini menampilkan sebuah konsep Eksperimental Teater. Dilakonkan oleh tiga orang pelakon iaitu Azmi Hud, Sis Aini dan Nik Jasmaleesa sebagai tiga watak di dalam teater ini. Adam merupakan anak kepada Saleha. Farouk pula adalah teman karib ayah kepada Adam iaitu Karim. Setiap watak ini mengalami sifat obsesi yang tersendiri sehingga menyebabkan mereka tidak sedar akan sikap mereka yang mengubah kepada perkara yang tidak disangka-sangka. Namun begitu, ketiga-tiga mereka mempunyai kaitan dan salah seorang daripada mereka berkomplot untuk memuaskan obsesi mereka.

Purchase Ticket

Monday

14th

Dec 2020

9:00PM (GMT+8)

Tuesday

15th

Dec 2020

9:00PM (GMT+8)

Wednesday

16th

Dec 2020

9:00PM (GMT+8)

Friday

18th

Dec 2020

9:00PM (GMT+8)

About the Show

Sinopsis

Monomania

Teater MONOMANIA merupakan sebuah pementasan teater yang menggabungkan antara monolog dan fizikal teater. Teater MONOMANIA ini menampilkan sebuah konsep Eksperimental Teater. Dilakonkan oleh tiga orang pelakon iaitu Azmi Hud, Sis Aini dan Nik Jasmaleesa sebagai tiga watak di dalam teater ini. Adam merupakan anak kepada Saleha. Farouk pula adalah teman karib ayah kepada Adam iaitu Karim. Setiap watak ini mengalami sifat obsesi yang tersendiri sehingga menyebabkan mereka tidak sedar akan sikap mereka yang mengubah kepada perkara yang tidak disangka-sangka. Namun begitu, ketiga-tiga mereka mempunyai kaitan dan salah seorang daripada mereka berkomplot untuk memuaskan obsesi mereka.

Monomania Photo 1
Monomania Photo 2

Kru Produksi

Adib Mudzahar
Pengurus Produksi & Idea Asal (Pelajar Dinilai)

 
Adib Mudzahar

Adib Mudzahar merupakan graduan daripada Fakulti Filem Teater dan Animasi Universiti Teknologi Mara Kampus Puncak Perdana di dalam jurusan Teater. Beliau telah banyak melibatkan diri secara langsung di dalam beberapa produksi teater yang telah diadakan di UiTM sepanjang tempoh pembelajarannya. Beliau telah menjalani latihan industri di Damansara Performing Arts Centre (DPAC). Beliau mendapat dedahan awal mengenai teater sejak sekolah menengah dengan penglibatan Festival Bimbingan Seni Budaya (FBSB) pada tahun 2013 dan juga pernah menyertai beberapa pertandingan dalam tarian dibawah naungan Jabatan Kesenian Kebudayaan Negeri Selangor. Selain itu, beliau juga pernah terlibat dalam Filem pendek hasil karya pelajar UITM.

Akif Hapiz
Pengarah & Pengarah Artistik (Pelajar Dinilai)

 
Akif Hapiz

Akif Hapiz merupakan graduan daripada Fakulti Filem Teater dan Animasi Universiti Teknologi Mara Kampus Puncak Perdana di dalam jurusan Teater. Beliau telah banyak melibatkan diri secara langsung di dalam beberapa produksi teater yang telah diadakan di UiTM sepanjang tempoh pembelajarannya. beliau sedang menjalankan latihan industri bersama syarikat TheatreThreeSixty. sepanjang tempoh latihan industri, pelbagai pendedahan mengenai industri seni teater telah diberikan seperti pengurusan pentas dan produksi, teknikal dan juga lakonan. Akif Hapiz juga telah melibatkan diri di dalam beberapa buah projek teater yang dianjurkan oleh syarikat ini sepanjang temph latihan industri. Minatnya yang baru di dalam bidang pengarahan ini menjadi satu pengalaman baru untuknya sewaktu menghasilkan karya Monomania ini. Beliau merupakan pengarah kepada teater Monomania ini dan juga pelajar yang dinilai di dalam pengarahan untuk Projek Tahun Akhir ini.

Syazwani Salihin
Sinografer & Penulis Skrip (Pelajar Dinilai)

 
Syazwani Salihin

Syazwani Salihin merupakan pelajar degree tahun akhir yang kini menuntut di UITM Fakulti Filem Teater & Animasi dalam jurusan sinografi. monomania yang merupakan projek tahun akhir ini adalah hasil penulisan beliau ketika menjalani latihan industri di anomalist production. beliau juga pelajar yang dinilai mengikut kriteria yang diperlukan iaitu sinografer dalam bahagian set & prop, kostum dan solekan.

Kennedy Ang Chee Ming
Penata Cahaya & Teknikal (Pelajar Dinilai)

 
Kennedy Ang Chee Ming

Kennedy Ang Chee Ming, pelajar Ijazah dalam Scenografi, UiTM, FiTA. Kennedy & 3 rakannya membentuk ‘Monomania’, Projek Tahun Akhir untuk penilaian kursus. Dia merupakan pereka/ konduktor lampu untuk teater tersebut. Ken telah kerap terlibat dalam produksi teater selama semester awalnya sehingga sekarang. Dia suka bekerja dengan teknikal & juga meminati seni. Dalam penglibatan awalnya dalam teater, Kennedy menggunakan kemahiran artistiknya untuk mereka bentuk lukisan pada backdrop, berkembang mengikut masa, dia perlahan-lahan mengembangkan minat & kemahirannya ke arah aspek teknikal teater, menggunakan visi artistiknya untuk merancang idea pencahayaan. Salah satu pencapaian Kennedy yang tertinggi adalah menjadi konduktor pencahayaan untuk teater yang bertajuk 'Oedipus' yang diarahkan oleh Dr. Norzizi Zukifli.

Nur Atiqah Binti Ahmad
Pengurus Pentas

 
Nur Atiqah Binti Ahmad

Nur Atiqah Binti Ahmad daripada Diploma Teater, Fakulti Filem, Teater dan Animasi dan juga merupakan pelajar yang dinilai dalam Anomalist Production. Beliau pernah menjadi seorang pelakon dalam teater kanak - kanak di Dewan Bahasa dan Pustaka. Beliau juga menguruskan dalam beberapa produksi teater yang lain dan menyertai pasukan kompang dalam Karyaku. Dalam Teater Monomania pula, beliau sebagai Pengurus Pentas dan Pengurus Produksi.Keterlibatan beliau yang lain, iaitu dalam Hari Sarong 20 sebagai seorang penari.

Normiati Binti Selamat
Pembantu Pengurus Pentas

 
Normiati Binti Selamat

Saya Normiati Binti Selamat pelajar diploma Teater fakulti Filem teater dn Animasi dan juga merupakan pelajar yang dinilai dalan Anomalist Production. Normiati merupakan sebagai seorang pengurus pentas di dalam teater monomania. normiati juga pernah menjadi Kru pemasaran dan lebih aktif kepada jobscope tersebut dari semester 1 hingga semester 4. Normiati juga banyak melibatkan diri di dalam produksi teater yang lain serta pernah menjadi kru kostum dan menjadi penari di festival Teguh rasa. Penglibatan Normiati yang lain adalah menjadi penari pada festival hari sarung Malaysia pada tahun ini.

Sharifah Nur Naja Athirah Binti Wan Abdullah
Dandanan / Teknikal

 
Sharifah Nur Naja Athirah Binti Wan Abdullah

Sharifah Nur Naja Athirah Binti Wan Abdullah merupakan pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Teater (Kepujian) Produksi Teater di FiTA yang sedang menjalankan Latihan Industri bersama Anomalist Production. Beliau telah terlibat secara langsung dengan pementasan teater MonoMania dalam bahagian dandanan dan teknikal. Selain MonoMania, pelajar ini juga pernah dilantik sebagai ketua jabatan bagi kostum dan tatarias bagi pementasan teater Agatha Noir. Beliau juga telah banyak melibatkan diri dalam lakonan walaupun baru sahaja menjinakkan diri dalam bidang seni persembahan. Antaranya ialah Festival sungai Melaka 2018, Teater Pinangan, Teater Eksperimental Tujuh Tanah, Bangsawan Puteri Sa'adong dan yang terbaharu, Teater Mahkamah Hantu.

Aisyahadda binti John F Afendi
Pemasaran

 
Aisyahadda binti John F Afendi

Aisyahadda binti John F Afendi merupakan seorang pelajar tahun akhir bidang penulisan skrin di FiTA yang sedang menjalani latihan industri di Anomalist Production. Beliau terlibat secara langsung di dalam produksi Monomania dalam bahagian pemasaran dan penjualan tiket. Sepanjang penglibatan beliau di dalam bidang seni persembahan, beliau berpengalaman dalam menulis beberapa skrip pementasan teater di FiTA. Antaranya ialah pementasan Teater Sarkas Berdarah. Selain itu, beliau juga telah menulis beberapa artikel yang telah diterbitkan oleh Lejen Press Sdn Bhd secara atas talian.


Pelakon

Sis Aini

Sis Aini
Sebagai Adam

Sis Aini merupakan seorang graduan yang sedang melanjutkan pelajaran daripada Fakulti Filem Teater dan Animasi. Beliau mula menceburi bidang teater sejak dari sekolah menengah. beliau juga pernah terlibat di dalam sebuah teater yang di telah dipentaskan di Revolution Stage. Beliau mempunyai semangat yang tinggi di dalam seni persembahan teater. Sis Aini membawakan watak Adam di dalam Teater Monomania ini.

Nik Jasmaleesa

Nik Jasmaleesa
Sebagai Saleha

Nik Jasmaleesa merupakan alumni Sekolah Seni Malaysia Johor. Beliau didedahkan tentang teater sejak sekolah rendah lagi. Kini beliau menyambung diploma dalam program teater di UiTM Puncak Perdana. Beliau juga ada menyertai pertandingan antaranya Teater terbuka di Aswara 2017 dan mendapat tempat kedua. Beliau juga menyertai pertandingan diperingkat antarabangsa iaitu International Youth And Arts Festival dengan pementasan teater tradisional iaitu Randai. Beliau melibatkan diri dalam pementasan seperti Agatha Noir, Aladdin, Bangsawan Siti Zubaidah dan banyak lagi. Selain berlakon, menguruskan pementasan teater beliau juga pernah menjadi pengacara separuh akhir Clash Of Talent 2.0. Beliau juga aktif melibatkan diri dalam beberapa produksi di dalam dan diluar institusi.

Azmi Hud

Azmi Hud
Sebagai Farouk

Azmi Hud merupakan penggiat teater sejak 2013 semasa di Politeknik Port Dickson. Azmi Hud telah terlibat dengan beberapa projek sebagai pelakon, pengarah, penulis skrip dan juga produser. Antara projek teater yang beliau terlibat adalah, Attorney, IQ.Rock, Tari Si Katak Dan Cik Merak, 70 Pengikut Syaitan dan beberapa projek lain seperti Keretapi Sarong 19 & Hari Sarong 20. Beliau juga bersama-sama Khairi Anwar menunjang Anomalist Production yang telah memenangi anugerah Best Of 2019 di BOH Cameronian Arts Award pada pertengahan tahun lalu untuk teater POHLITHIK.

Beli Tiket Sekarang

More from Theatre

Show All

天鹅之歌 The Swan Song

26/04–05/05/2024·Theatre

《当披着羊皮的狼遇见披着狼皮的羊》When Wolf In Sheep Skin Meet Sheep In Wolf Skin

27/04/2024·Theatre

三姊妹 Three Sisters

30/04–02/05/2024·Theatre

Leela Jhansi

0305/05/2024·Theatre

海鸥 The Seagull

0305/05/2024·Theatre

The Way Back Home

0519/05/2024·Theatre