past

Bangsawan Hikayat Si Miskin Menjadi Raja

The Kuala Lumpur Performing Arts Centre (klpac)

Venue:

CloudTheatre.com

Date16/04–01/05/2022

Time8:30PM, 3:00PM


LanguageBahasa Melayu

SubtitleEnglish

CategoryTheatre

This show has ended.

from

RM35.00

Duration: 120 mins

Amir Hamzah, putera mahkota kerajaan Kota Batu Putih adalah seorang anak raja yang bosan dengan kehidupan bangsawan, manakala Kadir Jabun anak keluarga miskin menyimpan impian mengecapi kehidupan mewah seperti keluarga diraja. Kedua-dua mereka yang dilahirkan pada tarikh dan tahun yang sama mempunyai wajah seiras, telah bertukar tempat dan kedudukan ekoran satu insiden di taman istana. Pengembaraan Amir Hamzah sebagai anak gelandangan bermula, demikian juga kejanggalan Kadir yang kini adalah seorang anak raja. Amir Hamzah mendengar terlalu banyak keluh-kesah rakyat yang tak pernah dijangka olehnya, sementara Kadir menyedari bahawa kehidupan keluarga diraja tidaklah seindah yang diimpikan. Kedua-dua mereka mengharungi kekeliruan dan pengalaman baru, dalam usaha untuk mengetahui kehidupan yang berbeza dan berusaha untuk kembali kepada kehidupan yang asal.

Purchase Ticket

Saturday

16th

Apr 2022

8:30PM (GMT+8)

Sunday

17th

Apr 2022

3:00PM (GMT+8)

Saturday

23rd

Apr 2022

8:30PM (GMT+8)

Sunday

24th

Apr 2022

3:00PM (GMT+8)

Saturday

30th

Apr 2022

8:30PM (GMT+8)

Sunday

1st

May 2022

3:00PM (GMT+8)

About the Show


As part of Yayasan Hasanah’s ArtsFAS 2021, The Actors Studio Seni Teater Rakyat and Mekar Budaya presented an unforgettable Bangsawan performance “Hikayat Si Miskin Menjadi Raja”. 
 
Directed by Dr. Marlenny Deenerwan, who has dedicated more than 20 years of her life to this art form, this show was a tribute to her guru, the late Rahman B. 

Staged in December 2021, Dr. Marlenny Deenerwan’s new Bangsawan work was inspired by “Anak Raja dan Anak Papa” by Pendeta Zaaba (1958) which was adapted from Mark Twain’s “The Prince and the Pauper”.
 
It is not every day that you get the chance to relive the glorious heydays of Bangsawan complete with its colourful costumes and characters, live music, dance and comedic elements. A must-watch once in your life! Now that it is online, make a date with us to catch the online screening from anywhere in the world. 

Special thanks to Yayasan Hasanah & ArtsFAS for making this possible.


Sebagai rakan kerjasama Yayasan Hasanah, dibawah platform ArtsFAS 2021, The Actors Studio Seni Teater Rakyat dan Mekar Budaya telah mempersembahkan sebuah projek Bangsawan pada Disember 2021 yang bertajuk “Hikayat Si Miskin Menjadi Raja” arahan Dr. Marlenny Deenerwan sebagai tribut kepada gurunya, juga Tokoh Bangsawan, Allahyarham Rahman B.

Bangsawan merupakan satu-satunya bentuk kesenian yang berupaya dijadikan platform integrasi elemen-elemen seni persembahan, seni halus, seni visual, dan seni mempertahankan diri. Justeru, ini yang menjadikannya sebuah seni persembahan lebih unik.

Naskhah “Hikayat Si Miskin Menjadi Raja” merupakan sebuah inspirasi daripada novel “Anak Raja dan Anak Papa” tulisan Pendeta Zaaba (1958), yang diadaptasi daripada “The Prince and The Pauper” karya Mark Twain (1881).


klpac & TAS’ Covid-19 Relief Fundraising:

klpac & TAS’ losses due to Covid-19 have exceeded RM2 million and its venue has been deprived of audiences for 377 days. It requires a minimum of RM130,000 per month to stay afloat. Each ticket sold goes toward this immediate cause. You can also make a donation of any amount via www.klpac.org/donations/


Show Details:

Date & Time:

16 April (Sat) @ 8:30pm
17 April (Sun) @ 3pm
23 April (Sat) @ 8:30pm
24 April (Sun) @ 3pm 
30 April (Sat) @ 8:30pm
1 May (Sun) @ 3pm

Ticket Price:

RM35 (Normal price)
RM70 (Arts Supporter)
RM100 (Patron of the Arts will be acknowledged on klpac's website)

Promotions:

Ramadan Buffet Pass: RM84
Ramadan Buffet Pass enables you to feast on three shows Bangawan: Hikayat Si Miskin Menjadi Raja, Life Sdn Bhd: Differences and pragina : EMOSI.  

Educator / Student Special Price: RM25
To get this special price, WhatsApp us at +6018 227 7212 with the school’s name & contact details (name, designation, phone and e-mail).

Language

Bahasa Malaysia with English subtitles

Duration:

120 mins

Streaming Platform:

CloudTheatre (Purchase / Viewing FAQ here)

Follow Us: 

Facebook: The Kuala Lumpur Performing Arts Centre  /  The Actors Studio 
Instagram: @theklpac 
Website: www.klpac.org  /  www.theactorsstudio.com.my / https://linktr.ee/theklpac 


About Us

Tentang The Actors Studio

Pada tahun 1989, pasangan suami isteri, Dato Dr. Faridah Merican dan Joe Hasham OAM bersama menubuhkan The Actors Studio (Malaysia) didedikasikan untuk memupuk kesenian Malaysia.

Mereka telah mendidik dan mengasuh banyak artis, mencipta sebuah rangkaian dalam ruang teater dan memperkaya kehidupan dengan meningkat jangkauan dan akses kepada seni.

Sehingga kini, The Actors Studio telah menubuhkan tujuh buah pentas seni dan mempersembahkan pelbagai produksi yang memenangi ratusan anugerah dan menghiburkan lebih 1 juta orang di seluruh dunia.

The Actors Studio juga telah berganding bahu dengan Taylor’s University telah melancarkan TUTAS, iaitu sebuah program ijazah seni persembahan konservatori pertama di seluruh Malaysia dengan tujuan untuk memupuk bakat kreatif dalam kalangan generasi muda.


Tentang Mekar Budaya

Mekar Budaya merupakan sebuah kumpulan kesenian yang bergerak secara aktif sejak 16 Ogos 2002 dalam aktiviti seni persembahan khususnya di Kuala Lumpur. Kumpulan ini pada asalnya diterajui oleh allahyarham M.Nasri Ayob dan Dr Marlenny Deenerwan. 

Objektif kumpulan ini ditubuhkan adalah sebagai platform kepada graduan seni persembahan untuk berkarya selepas menamatkan pengajian. Mekar Budaya begitu dikenali dengan penglibatan aktif dalam kegiatan Festival Teater (negeri dan kebangsaan) dan sering meraih anugerah dalam penyertaan mereka. Mekar Budaya juga aktif menerbitkan pementasan teater moden dan juga Bangsawan.


Tentang ArtsFAS

Arts for All Seasons atau Seni Sepanjang Musim (ArtsFAS) ialah sebuah platform yang bertujuan mengetengahkan warisan seni dan budaya tempatan melalui aktiviti yang dibuka kepada orang ramai. Dengan menjadikan seni mudah didapati, kami ingin mendidik generasi muda dan komuniti sekeliling melalui teknologi, perkongsian ilmu dan acara seni di samping pemuliharaan melalui aktiviti. ArtsFAS diadakan pada suku akhir setiap tahun, di mana kami bekerjasama dengan pelbagai rakan kolaborasi untuk memberi penghormatan kepada penggiat seni tanah air. Layari www.artsfas.org untuk maklumat lanjut dan melihat jadual penuh ArtsFAS.


Tentang Yayasan Hasanah

Yayasan Hasanah (“Hasanah”) merupakan sebuah yayasan berasaskan impak di bawah Khazanah Nasional Berhad (“Khazanah”), dana kekayaan berdaulat Malaysia. Hasanah lahir sebagai sebuah yayasan penganugerahan geran bebas pada 1 Julai 2015; sebuah kesinambungan kepada usaha Tanggungjawab Korporat (CR) yang sebelumnya dipacu oleh Khazanah untuk sembilan tahun. Sebagai organisasi penganugerahan geran, Hasanah  menjangkau lebih daripada wang ringgit untuk memudahkan ekosistem transformasi, bekerjasama dengan pelbagai pihak berkepentingan, menanamkan semangat advokasi dan membina kemampuan dalam lima bidang tumpuan utamanya: Pendidikan; Pembangunan Komuniti; Alam Sekitar; Kesenian & Ruang Awam; dan Pengetahuan. Secara kolektif dan kolaboratif, Hasanah berharap dapat menggerakkan anjakan reformasi sosial dan  masyarakat untuk rakyat Malaysia, ke arah Malaysia yang lebih baik. Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut, sila layari www.yayasanhasanah.org 


Creative Team

Penerbit Eksekutif
Dato’ Dr. Faridah Merican

Pengarah Artistik
Joe Hasham OAM

Pengarah / Penulis Skrip
Lenny Erwan

Penolong Pengarah / Jurulatih Lakon
Adie Yusoff

Pengarah Music
Ayop Azril

Koreografer
Dikwan

Sinografer
Yusman Mokhtar

Pereka Tirai
Azim Halim

Pereka Set dan Props
Along Hazirin

Pereka Cahaya
Nawfal Zamri

Penolong Pereka Cahaya
Hamdan Ammar & Mockyonfire

Penataan Bunyi
Race 

Pengurus Solekan & Tatarias
Farid Hakimie

Pembantu Jurusolek & Tatarias
Shazyrill, Sobie & Hada

Pengurus Kostum
Esham

Penolong Pengurus Kostum
Fieza & Eyzansalman

Penolong Pengurus Set
Along Burhan, Zaino, Shahrul Sahee, Alep Bob, Manja, Mya & Baim

Juruvideo
Khairil M. Bahar

Pengurus Produksi
Syahida Pauzi

Penolong Pengurus Produksi
Nina Fariza

Pengurus Pentas
Adeeq Amalyna

Penolong Pengurus Pentas 1
Aroha Ibrahim

Penolong Pengurus Pentas 2
Ridhuan Jul

Penolong Pengurus Pentas 3
Hazmi Faiz

Krew Pentas & Teknikal
Arief Daniel, Atiqah Hamdan, Afiq Syo, Aiman Haiqal, Farina Shamsul, Fathi Aiman, Hafiza Husna, ImanMar, Nicole Jay, Syafika Mokhtar 

Pelakon
Faez Malek, Mior Ahmad, Dekna Sheikh Faisal, Eijat Ashari, Noor Jannah, Zafran Hisham, Syafiq Ahmad, Griffin Robert, Sam Aziz, Jai Ijol, Atiqah Abu Bakar, Azwan Ahmadi, Iqtiman Azmi, Ash, Nan Rozlan

Pemuzik
Azrie, Nanie, Rais, Rudy, Safian, Shamsul, Sukhairi, Zainal Abidin

Penari
Intan Rafini, Intan Rafida, Muhamizah Mohammed, Norazlia, Shima & Wan Farahani

More from The Kuala Lumpur Performing Arts Centre (klpac)

Show All

Beethoven: His Romance and Fire with The klpac Orchestra

2628/04/2024·Music

天鹅之歌 The Swan Song

26/04–05/05/2024·Theatre

三姊妹 Three Sisters

30/04–02/05/2024·Theatre

海鸥 The Seagull

0305/05/2024·Theatre

RWD / FWD

0912/05/2024·Music

《金刚慧音 Imee Ooi & JSJG》 演唱会Concert 2024 吉隆坡站 Kuala Lumpur

1112/05/2024·Music

More from Theatre

Show All

天鹅之歌 The Swan Song

26/04–05/05/2024·Theatre

《当披着羊皮的狼遇见披着狼皮的羊》When Wolf In Sheep Skin Meet Sheep In Wolf Skin

27/04/2024·Theatre

三姊妹 Three Sisters

30/04–02/05/2024·Theatre

Leela Jhansi

0305/05/2024·Theatre

海鸥 The Seagull

0305/05/2024·Theatre

The Way Back Home

0519/05/2024·Theatre