past

EMOTIF VOL 6: TRIPLE BILL ANWAR RIDHWAN

Fakulti Teater ASWARA

Venue:

CloudTheatre.com

Date2022/05/2022

Time8:30PM


LanguageBahasa Melayu

CategoryTheatre

This show has ended.

from

RM20.00

Pelaksanaan Emotif adalah gabungan generasi baru dan lama serta kerjasama antara pensyarah dan pelajar Fakulti Teater ASWARA bagi merangsang pertumbuhan intelektual dan ilmuan teater melalui pembinaan naskah baharu berdasarkan idea baharu, adaptasi, terjemahan dan olahan. Sehubungan dengan itu juga, objektif utama Emotif adalah untuk memberi ruang kepada pensyarah dan pelajar untuk berinteraksi dengan komuniti bagi melebarkan aspek ilmu teori dan praktik ke pentas. Emotif pada kali ini menggabungkan tiga skrip Sasterawan Negara Anwar Ridhwan bertajuk “Concipies”, “Robot yang Tiba-Tiba Muncul di Halaman Rumah Kami” dan “Rumah Septuagenarian” yang diambil dari buku “Rumah Septuagenarian Kumpulan 7 Drama Pentas”. Secara tidak langsung Emotif berhasil melihat pelajar serta pensyarah dalam mempraktikan konsep teori ke bentuk visual persembahan.

Purchase Ticket

Friday

20th

May 2022

8:30PM (GMT+8)

Saturday

21st

May 2022

8:30PM (GMT+8)

Sunday

22nd

May 2022

8:30PM (GMT+8)

About the Show

CONCIPES karya Anwar Ridhwan
Pengarah: Hanura Akbar & Shariful Akma

Dua orang wanita yang terserempak di tempat menunggu bas. Wanita 2 bercakap dengan anaknya manakala wanita 1 sedang menunggu bas yang akan tiba untuk mendapatkan barangan daripada abangnya di kampung. Suasana begitu sunyi kerana berlakunya pandemik dan sekatan jalanraya sedang berlangsung. Sejurus selepas wanita 2 beredar, wanita 1 ternampak seorang pemuda menuju ke arah perhentian bas. Malangnya pemuda itu pengsan dan dimasukkan ke hospital. Konflik berlaku apabila wanita 1 mengambil beg galas pemuda tersebut. Akhirnya, terbongkar satu rahsia yang pernah terjadi antara wanita 1 dan pemuda tersebut.

ROBOT TIBA-TIBA MUNCUL DI HALAMAN RUMAH KAMI PADA SUATU PETANG karya Anwar Ridhwan
Pengarah: Fasyali Fadzly 

Sebuah perigi sedang digali di hadapan sebuah rumah sebelum sambutan hari jadi seorang anak dalam keluarga kecil. Walaubagaimanapun, perigi tersebut tidak mengeluarkan air walau sudah digali dalam. Kemudiannya, sambutan hari jadi diteruskan dan belon milik Anak Perempuan Terbang. Suatu petang, sebuah robot muncul di halaman membawa belon yang serupa hilang. Robot ini kemudiannya hidup bersama keluarga ini. Robot kemudiannya menjadi ancaman dan mula menentukan kehendaknya sendiri dan ingin menghapuskan amalan biasa keluarga dan masyarakat di situ. Akhirnya, robot tersebut dihumban ke dalam perigi setelah berlaku pergolakan antara manusia dan robot.

RUMAH SEPTUAGENARIAN karya Anwar Ridhwan
Pengarah: Lee Tuck Cheng

Pada tahun 2030, dua pekerja telah bersetuju untuk menolong di rumah septuagenarian. Keputusan itu disambut dengan baik oleh pengurus rumah tersebut. Sebelum mereka menjadi sukarelawan di rumah tersebut, pengurus rumah itu memberitahu mereka beberapa pekara yang penting. Ini termasuklah penghuni di rumah ini mengunakan nama gelaran- daerah tempat mereka dilahirkan. Sukarelawan ini juga dipesan untuk melayan septuagenarian di rumah ini dengan cara D.A.S (Dengar, Angguk, Senyum). Sepanjang mereka berkerja di rumah tersebut, mereka dapat mengenali penghuni tersebut yang berpelbagaian personaliti yang menarik. Di rumah ini, terdapat juga yang baru mendaftar untuk menyertai perkhidmatan ini dan ada juga yang meninggalkan tempat ini untuk menerima rawatan selanjutnya. Cerita ini berakhir dengan situasi yang gembira di mana dua penghuni tersebut telah jatuh cinta dan kahwin dan juga pengakhiran yang sedih di mana seseorang penghuni dihantar oleh anaknya ke rumah warga emas untuk menerima penjagaan yang lebih bersesuaian dengan kondisinya.

More from Theatre

Show All

意象劇場「B-328」

1021/04/2024·Theatre

天鹅之歌 The Swan Song

26/04–05/05/2024·Theatre

《当披着羊皮的狼遇见披着狼皮的羊》When Wolf In Sheep Skin Meet Sheep In Wolf Skin

27/04/2024·Theatre

三姊妹 Three Sisters

30/04–02/05/2024·Theatre

Leela Jhansi

0305/05/2024·Theatre

海鸥 The Seagull

0305/05/2024·Theatre